Monday, April 13, 2009

Mengapa pelajar mengambil keputusan untuk kembali ke sekolah asal??

Saya kemukakan persoalan ini kerana 2 daripada kawan sekelas saya yang telah menerima tawaran MRSM telah kembali ke sekolah harian lama mereka..Banyak faktor yang mempengaruhi keputusan untuk kembali semula ke sekolah asal..

Salah satunya cara pengurusan waktu di rumah dan di asrama..Dua cara pengurusan waktu di antara dua tempat ternyata nampak banyak perbezaan apatah lagi jika ibu bapa di rumah lebih memberikan banyak kebebasan kepada anak mereka..Di asrama,waktu pembelajaran disusun begitu rapi dan pelajar dikehendaki mengikutinya dengan patuh..Hal ini tidak menjadi masalah jika pelajar dilatih sejak tingkatan 1 lagi..Walau bagaimanapun,bagi pelajar yang memasuki ke asrama pada tingkatan 4,mereka mungkin lebih biasa dengan masa mereka ketika di rumah yang tidak terikat dengan jadual yang ketat..Bagi sesetengah pelajar menyesuaikan diri di asrama ketika berusia 16 tahun amat sukar..

No comments:

Post a Comment