Melewah dalam bahasa bererti perkataan yang digunakan tidak perlu dalam ayat..Contohnya seperti:
Datuk dan nenek telah tiba ke destinasi yang ditujui..
Destinasi bermaksud tempat dituju,oleh yang demikian yang ditujui tidak diperlukan di dalam ayat tersebut..Contoh lain:
Kita mestilah mempertahankan negara kita yang tercinta demi untuk generasi akan datang..
Demi membawa maksud untuk,begitu juga dengan sebaliknya..Oleh yang demikian,demi dan untuk tidak boleh digunakan bersama-sama untuk mengelakkan ayat menjadi melewah..
Tuesday, March 31, 2009
Thursday, March 26, 2009
PSSMI Mengancam Bahasa??
Saya berpendapat mungkin ya..Akan tetapi akan memberi manfaat kepada jika PSSMI dilewatkan sedikit..PSSMI memberi persediaan kepada para pelajar untuk menghadapi alam universiti yang bahasa Inggeris merupakan bahasa utama..
Saya memberi cadangan bahawa semasa sekolah rendah pelajar mempelajari sains dan matematik dalam bahasa ibunda..Terutama bagi pelajar tahap 1..Melalui cara ini,pelajar berpeluang untuk menguasai bahasa ibunda terlebih dahulu..Pada tahap 2 secara beransur-ansur pelajar didedahkan dengan bahasa inggeris tetapi bahasa ibunda masih diutamakan..Pada peringkat sekolah menengah rendah,pelajar masih melalui peralihan bahasa tetapi bahasa inggeris lebih diutamakan..Ketika menengah atas,pelajar mempelajari sains dalam matematik dalam bahasa inggeris sepenuhnya..Hal ini amat ditekankan bagi pelajar aliran sains yang kebanyakan berpeluang untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat universiti..
Walau bagaimanapun,bagi pelajar aliran sastera mungkin lebih baik jika mereka belajar sains dan matematik dalam bahasa ibunda..

Tuesday, March 24, 2009
Senarai Perkataan Seerti
Saya membicarakan hal ini kerana agak sukar untuk berikan maksud dalam soalan pemahaman rumusan bagi peperiksaan SPM dan soalan pemahaman ringkasan bagi peperiksaan PMR..
Generasi yang mapan - Masyarakat/waris/rakyat yang mantap/kukuh
Bebanan kepada banyak pihak - Tanggungan kepada orang ramai
Kegiatan riadah - Aktiviti rekreasi
Wawasan yang murni - Matlamat yang suci
Pengurusan masa - Pembahagian waktu
Kian serius dan membimbangkan - Semakin parah dan merisaukan
Mengaplikasikan - Mempraktikkan

Monday, March 23, 2009
Kelemahan Mengusai Bahasa
Seringkali sukar untuk mengaplikasikan tatabahasa pada ayat yang ditulis..Tidak dinafikan bahawa saya sendiri mengaku bahasa Inggeris lebih senang untuk diaplikasi tatabahasa yang betul pada ayat yang ditulis..Mungkin kerana bahasa Melayu merupakan bahasa utama yang sering kita gunakan seharian,kita sering menggagap perkara ini remeh..Mempelajari bahasa yang bukan bahasa utama kita,kita akan menjadi lebih teliti dan cermat apabila menggunakan bahasa tersebut..Senario yang sama berlaku juga kepada orang yang bahasa utamanya Inggeris,tetapi perkara ini lebih tertumpu kepada cara ejaan..
Sunday, March 15, 2009
Penanda Wacana
Penanda wacana sering kali diserta bersama dengan karangan..Hal ini untuk menjalinkan kesinambungan antara satu ayat ke satu ayat yang lain..Karangan yang dibaca akan menjadi lebih lancar..
Pengenalan
Saya mencipta laman blog ini kerana saya ingin memperbaiki bahasa kita iaitu Bahasa Melayu..
Subscribe to:
Comments (Atom)