Saya berpendapat mungkin ya..Akan tetapi akan memberi manfaat kepada jika PSSMI dilewatkan sedikit..PSSMI memberi persediaan kepada para pelajar untuk menghadapi alam universiti yang bahasa Inggeris merupakan bahasa utama..
Saya memberi cadangan bahawa semasa sekolah rendah pelajar mempelajari sains dan matematik dalam bahasa ibunda..Terutama bagi pelajar tahap 1..Melalui cara ini,pelajar berpeluang untuk menguasai bahasa ibunda terlebih dahulu..Pada tahap 2 secara beransur-ansur pelajar didedahkan dengan bahasa inggeris tetapi bahasa ibunda masih diutamakan..Pada peringkat sekolah menengah rendah,pelajar masih melalui peralihan bahasa tetapi bahasa inggeris lebih diutamakan..Ketika menengah atas,pelajar mempelajari sains dalam matematik dalam bahasa inggeris sepenuhnya..Hal ini amat ditekankan bagi pelajar aliran sains yang kebanyakan berpeluang untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat universiti..
Walau bagaimanapun,bagi pelajar aliran sastera mungkin lebih baik jika mereka belajar sains dan matematik dalam bahasa ibunda..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment